karangkakawi91.blogsport.com

Nikmati diskaun 15% dan 10% bayaran balik pinjaman PTPTN dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017

Nikmati diskaun 15% dan 10% bayaran balik pinjaman PTPTN dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017

Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka diputuskan pada 13 Dis depan.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub (bawah, tengah) berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden HARAPAN yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.

"Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk BERSATU diterima dalam keluarga HARAPAN.

"Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima BERSATUmenjadi satu lagi parti (gabungan) dalam HARAPAN menjadikan empat parti iaitu AMANAH, DAP, PKR dan BERSATU," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang di Georgetown, semalam.

Beliau berkata Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa BERSATU tidak mahu menyertai HARAPAN sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 12 Nov lalu Dr Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai
pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.

Sementara itu pada konvensyen itu juga Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya BERSATU bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan Umno berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu.

Sunday 27 November 2016

No comments:

Post a Comment